Aktiviti Semasa

Makluman

MUTIARA HATI
Rabu, 18 Julai 2012

koleksi mutiara kata

Mutiara kata untuk semua………..

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

More ...

Makluman
Isnin, 03 Disember 2012

Penyelia Asrama Sekolah akan berkursus selama 2 hari mulai 3 hingga 4 Disember 2012. Harap maklum.

More ...

Barisan Waden Dan Penyelia Asrama SMVDSMZ
Jumaat, 08 Julai 2011

KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN ALOR GAJAH MELAKA

BARISAN WADEN DAN PENYELIA ASRAMA KOLEJ

 

Puan Mahani bt Abd Rahman
Ketua Waden
Halwani
Kebajikan, Keselamatan Dan Kesihatan

En Ahmad Jamil b Sapuan
Waden Disiplin
Biro Sukan Dan Rekreasi

En Rahman bin Hassan
Waden Keselamatan



Ustaz Jaini b Saiman
Waden Kerohanian dan Agama

 


En Nazaruddin b Komari
Waden Pendidikan Dan Akademik
Kemudahan Elektrik Dan Siaraya

 

En Mohd Nor Akili b Azhari
Waden Kebajikan

Pn Hanitah bte Abdol Karim
Penyelia Asrama
Biro Makanan, Bangunan

Pn Siti Norbayah bte Rahmed
Penyelia Asrama
Kewangan, Peralatan

More ...

Undian

Apakah pendapat anda mengenai Laman Web Kami
 

Log Masuk




SELAMAT BERJAYA.... PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Webmaster Asrama Sekolah   
Selasa, 04 Disember 2012 01:04

TAHNIAH KEPADA CALON-CALON SPM 2012!!!

Pada 24 Oktober 2012 berlangsungnya Majlis Pra Graduasi kali ke-5.


Tahniah diucapkan kepada pelajar tingkatan lima 2012
yang dapat graduasi pada tahun ini. Semoga berjaya   
di masa akan datang.

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM KELAK....

 

LAST_UPDATED2
 
Sekolah Menengah Vokasional dinaik taraf kolej 2013 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Webmaster Asrama Sekolah   
Isnin, 03 Disember 2012 03:48

Sekolah Menengah Vokasional dinaik taraf kolej 2013

KUALA LUMPUR: Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaiktaraf menjadi kolej
vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau
memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif
supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.
"Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk  dijadikan
program rintis mulai tahun depan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad
(Parit Sulong-BN) yang bertanya bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional
kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Mohd Puad berkata, kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan
mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.
Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti
kursus selama lapan semester (empat tahun).


“Pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas
Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua,” katanya. Mohd Puad berkata, antara 15 sekolah perintis
yang terbabit adalah, Sekolah Menegah Kebangsaan Vokasional Shah Alam, Sekolah Menengah
Kebangsaan Vokasional Kluang dan Sekolah Menegah Kebangsaan Teknik Datuk Seri Mohd Zin.
Pada 2013, sebanyak 150 sekolah akan dipilih untuk mengikuti program asas vokasional yang
membabitkan 9,450 orang pelajar, katanya. - BERNAMA

*Petikan diambil Rujukan dari BERITA HARIAN ONLINE  PADA 3 DISEMBER 2012

LAST_UPDATED2